Selasa, 9 Julai 2013

RAMADHAN IS COMING

Assalamualaikum.. ;-)  Alhamdulillah Ramdhan kembali lagi.. tinggal 1 hari jek lagi untk kita menyambut nyer... smoge diberi kesempatan oleh nya utk menemui bulan yg mulia ini pada tahun ini dimana yang awal nya  Rahmat, pertengahannya keampunan dan pada akhirnya merdeka ataau bebas dari api neraka. .. INSYAALLAH..... so mcm mne dengan persiapan diri,?? dh bersedia??.. bersedia dari segi mcm mne tu..??  same2 kite renungkan... :)


Rasulullah s.a.w. telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadhan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa diharamkan dan ditegahkan daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan”.

Puasa ialah peperangan mengalahkan hawa nafsu yang mengajak kita melakukan kejahatan.... Peperangan tidak pernah ada "genjata senjata"...Pada bulan ramadhan ini, Allah memberi kita pelbagai ‘senjata’ tambahan untuk mengalahkannya. Bukan itu sahaja, ‘mentor’ nafsu yang utama yakni syaitan telah dibelenggu dan tidak boleh membantu nafsu dalam usahanya mengalahkan akal bagi menguasai hati.

Apabila sumber kekuatan nafsu (makan minum) disekat, dan ia diisi dengan pelbagai jenis ibadat, sewajarnya hati akan bertambah bersih dan fikiran menjadi semakin jernih. Inilah yang akan membentuk seorang manusia yang baik. Rasulullah s.a.w. telah menegaskan bahawa di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah  manusia tersebut. Sebaliknya jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang tersebut..Daging itu adalah hati.. itulah peranan hati.. hati ni umpama raja dalam diri sendiri...

Bulan ramadhan ini juga bulan yang dapt menghapuskan  dan meleburkan dosa-dosa yang lalu...   
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: " Barang siapa yang ingin menghayati bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan keihlasan kerana Allah, maka akan diampunkan dosa-dosa nya yang lalu. (Riwayat Bukhari dan muslim)                 

So sama-sama lah kita mengisi bulan ramadhan ini dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat..jangan persiakan  bulan yang penuh keberkatan ini pergi begitu saja.. Banyak perkara yang bole kita lakukan untk kite mendekatkan diri kepada-NYA ... Membaca Al-Quran, menutup aurat, jaga percakapan, Qiam, yang penting jgan tinggal Solat 5 waktu, melakukan solat-solat sunat .. Sama-sama kita jage jarak kite dgn Allah.. INSYAALLAH akan memudahkan urusan kite sehari-hari... 

"Selangkah kita mendekati Allah, 1000 langkah Allah mendekati kita...." InsyaALLAH..

  Marilah kita bersama berazam dan bertekad untuk berusaha bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah di sepanjang bulan yang penuh kemuliaan dan keampunan ini. Janganlah dibuang kesempatan ini kerana tidak ada siapa yang boleh menjamin bahawa kita akan hidup lagi esok hari melainkan dengan izin dan kasih sayang Allah Taala. Semoga dengan kehadiran bulan ramadhan ini, kita dapat melakukan perubahan dalam diri, dari meninggalkan solat 5 waktu menjadi seorang setia melakukan solat 5 waktu pada awal waktu, dari jarang menbaca al-quran, menjadi seorang yang sering membaca al-quran. InsyaAllah.. Semoga kita antara yang diampunkan dosa-dosa yang lalu dengan amalan-amalan yang kita lakukan pada bulan ramadhan ini.. Amin.. InsyaAllah..

Sampai disini saja lah, perkongsi saya.. Yang baik itu dtg nya dari Allah swt, yang tidak baik itu dtg nyer dari diri ini yang sedang mencari cinta dari Ilahi dan sedang melakukan perubahan dalam diri... 

AHLAN WAH SAHLAN YA RAMADHAN.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YA SAHABAT.. "semoga bulan ini menjadi bulan yang memberi 1001 kenangan  manis dalam diri kite. " INSYAALLAH.. 

ASSALAMUALAIKUM.. islam itu indah... SENYUM.. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan