Assalamualaikum.. ;-)
Alhamdulillah Ramdhan kembali lagi.. tinggal 1 hari jek lagi untk kita
menyambut nyer... smoge diberi kesempatan oleh nya utk menemui bulan yg mulia
ini pada tahun ini dimana yang awal nya Rahmat, pertengahannya keampunan
dan pada akhirnya merdeka ataau bebas dari api neraka. .. INSYAALLAH.....
so mcm mne dengan persiapan diri,?? dh bersedia??.. bersedia dari segi mcm mne
tu..?? same2 kite renungkan... :)
Rasulullah s.a.w. telah menegaskan dalam
satu hadisnya yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu
bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan
kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadhan dibukakan semua pintu syurga,
dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat
satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa diharamkan
dan ditegahkan daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah
kepada segala bentuk kebaikan”.
Puasa ialah peperangan mengalahkan hawa
nafsu yang mengajak kita melakukan kejahatan.... Peperangan tidak pernah ada
"genjata senjata"...Pada bulan ramadhan ini, Allah memberi kita
pelbagai ‘senjata’ tambahan untuk mengalahkannya. Bukan itu sahaja, ‘mentor’
nafsu yang utama yakni syaitan telah dibelenggu dan tidak boleh membantu nafsu
dalam usahanya mengalahkan akal bagi menguasai hati.
Apabila sumber kekuatan nafsu (makan minum)
disekat, dan ia diisi dengan pelbagai jenis ibadat, sewajarnya hati akan
bertambah bersih dan fikiran menjadi semakin jernih. Inilah yang akan membentuk
seorang manusia yang baik. Rasulullah s.a.w. telah menegaskan bahawa di dalam
diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah
manusia tersebut. Sebaliknya jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang
tersebut..Daging itu adalah hati.. itulah peranan hati.. hati ni umpama raja
dalam diri sendiri...
Bulan ramadhan ini juga bulan yang dapt
menghapuskan dan meleburkan dosa-dosa yang lalu...
Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
" Barang siapa yang ingin menghayati bulan ramadhan dengan penuh
keimanan dan keihlasan kerana Allah, maka akan diampunkan dosa-dosa nya yang
lalu. (Riwayat Bukhari dan muslim)
So sama-sama lah kita mengisi bulan
ramadhan ini dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat..jangan persiakan
bulan yang penuh keberkatan ini pergi begitu saja.. Banyak perkara yang
bole kita lakukan untk kite mendekatkan diri kepada-NYA ... Membaca Al-Quran,
menutup aurat, jaga percakapan, Qiam, yang penting jgan tinggal Solat 5 waktu,
melakukan solat-solat sunat .. Sama-sama kita jage jarak kite dgn Allah..
INSYAALLAH akan memudahkan urusan kite sehari-hari...
"Selangkah kita mendekati Allah, 1000
langkah Allah mendekati kita...." InsyaALLAH..
Marilah kita bersama berazam dan bertekad
untuk berusaha bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah di sepanjang bulan yang
penuh kemuliaan dan keampunan ini. Janganlah dibuang kesempatan ini kerana
tidak ada siapa yang boleh menjamin bahawa kita akan hidup lagi esok hari
melainkan dengan izin dan kasih sayang Allah Taala. Semoga dengan kehadiran
bulan ramadhan ini, kita dapat melakukan perubahan dalam diri, dari
meninggalkan solat 5 waktu menjadi seorang setia melakukan solat 5 waktu pada
awal waktu, dari jarang menbaca al-quran, menjadi seorang yang sering membaca
al-quran. InsyaAllah.. Semoga kita antara yang diampunkan dosa-dosa yang lalu
dengan amalan-amalan yang kita lakukan pada bulan ramadhan ini.. Amin..
InsyaAllah..
Sampai disini saja lah, perkongsi saya..
Yang baik itu dtg nya dari Allah swt, yang tidak baik itu dtg nyer dari diri
ini yang sedang mencari cinta dari Ilahi dan sedang melakukan perubahan dalam
diri...
AHLAN WAH SAHLAN YA RAMADHAN.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YA
SAHABAT.. "semoga bulan ini menjadi bulan yang memberi 1001 kenangan
manis dalam diri kite. " INSYAALLAH..
ASSALAMUALAIKUM.. islam itu indah...
SENYUM..